Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai antara selebriti yang sibuk ketika Ramadan tetapi bukan di atas pentas sebaliknya berada di dapur untuk memasak.

Bagi peminat, sudah tentu tahu Ajai sememangnya berbakat dalam penciptaan lagu ramai penyanyi antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan ramai lagi.

Namun, Ajai juga mempunyai kebolehan memasak apabila dia mula mengusahakan bisnes restoran sendiri, Asam Pedas Hirup.

Menariknya, Ajai tidak hanya mengharapkan pekerjanya untuk memasak dan menguruskan operasi harian di restoran tetapi dia juga turun padang untuk memasak.

Menerusi pekongsian di status Instagramnya, Ajai turut berkongsi cara dia memasak dan melakukan penyediaan bahan-bahan untuk memasak.

Asam Pedas Hirup Memamg lagi umphhhhh.. kalau dimakan dengan telur mata.. dan ditambah denagn belacan Asam Pedas Hirup..nak rasa. Keenakkannya.. silalah ke kedai kami @asampedashirup_ajai .. ? #myfoodas #asampedaslovers #foodlovers #asampedashirupkl #asampedaspari #hirupjhangantakhirup #byajai

A post shared by AsamPedasHirup APH (@asampedashirup_ajai) on

Selain asam pedas yang menjadi menu utama tarikan pelanggan ke restorannya yang terletak di Taman UOG Parlane, Kuala Lumpur, dia juga menawarkan menu istimewa, nasi ayam raja iaitu gabungan nasi ayam Melayu dan Hainan.

Aksi Ajai memasak tarik perhatian netizen sambil memuji sikap selebriti itu yang menjaga kebersihan di dapur.

Dalam satu video yang dimuat naik, Ajai menyatakan dia memilih ikan dan makanan laut yang segar untuk dimasak dan dihidangkan kepada pelanggannya.

Untuk Ramadan, restoran Ajai ini beroperasi dari jam 4.30 petang sehingga 2.30 pagi.

Teks oleh: Elrafaei Sapi