Penyampai radio popular, Krill Rashid terus aktif dalam bidang radio apabila muncul dengan program sendiri menerusi media sosial, Facebook yang disiarkan secara langsung untuk peminat.

Bekas penyampai radio Sinar dan ERA ini mula membuat percubaan pertama pada 21 Mei lalu menerusi akaun Facebooknya, Krill Rashid yang ke udara pada jam 10 malam.

Dia yang terlebih dulu bertanyakan pada peminat mengenai hasratnya itu, nyata mendapat respon positif daripada peminat yang memberikan sokongan.

Ujarnya, dia bukan mahu berentap dengan mana-mana stesen radio mahupun penyampai radio sedia ada tetapi lebih kepada menggunakan pengalaman yang ada.

Krill menggunakan platform Facebook, akaunnya @krillrashid20 untuk menyiarkan programnya yang dikenali sebagai K Live disiarkan secara langsung.

Malam minggu buat apa? Kita bersiaran dengan K LIVE. Bersama PU Azman sembang tentang Nuzul Al Quran. Mcmana nk didik hati ni utk suka baca AlQuran & bertadabbur dengan kitab Allah ini. Jom ramai2 ya, inShaa Allah. 10 malam ini, 2 Jun 2018. Live dari Hotel Tenera Bangi. Like & follow FB : Krill_Rashid

A post shared by krillrashid (@krillrashid) on

Dia yang kini berniaga pakaian kurta jenama sendiri turut bekerjasama dengan hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor untuk program tersebut.

Sebelum ini, dia juga menjemput pelbagai selebriti dan tetamu ke studionya itu antaranya Ustaz Zul Hamat dan Imam Muda Asyraf.

Jam 10 malam ini, Krill mengajak peminat bersamanya menerusi program K Live dengan tetamu jemputan PU Azman.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Krill Rashid - Facebook