Mungkin terlalu awal untuk pulang beraya tapi percayalah selebriti juga pening kepala kemas beg pakaian untuk pulang di hari lebaran tidak lama lagi.

Bagi pelakon popular, Que Haidar berkongsi cerita bagaimana isterinya mengemas pakaian mereka sekeluarga untuk balik beraya.

Dalam status di Instagramnya, Que bercerita panjang lebar mengenai kemas beg bukan tugas mudah.

Ujarnya, ia adalah tugas paling mencabar bagi seorang isteri. Malah, isteri juga perlukan fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus dan masa yang optimum untuk melakukan tugasan tersebut dengan baik.

Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat kemas beg tu senang. Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri. Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik. Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU. Baju ni ada banyak jenis baju. Baju balik kampung. Baju untuk masak di malam raya. Baju pagi raya. Baju ke dapur pada hari raya. Baju berjalan ke rumah saudara. Baju casual di malam hari pada hari raya. Tu baru kategori baju isteri tu sendiri. Belum masuk tudung. Tudung jangan kau ingat satu jenis je. Ada tudung sarung untuk ke dapur. Ada shawl nak pakai pagi raya. Ada tudung bawal nak match dengan baju casual. Inner tudung. Anak tudung. Pin tudung. Pin ni pun ada banyak kelas. Pin kat telinga kena tajam. Pin kat dagu kene kecik. Pin kat bahu kena besar sikit. Pin kat baju kebaya kena besar gedabak. Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar ??? Belum baju anak. Uiii..tu lagi banyak jenis. Baju raya. Baju bila dah tengah hari. Baju tidur. Baju ganti kalau baju raya dah comot. Baju kalau tido dalam aircond. Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond. Baju berlubang, baju takde lubang. Tu kalau seorang anak. Kalau ada 5?6? ? Suami punya pun dia kena fikirkan jugak. Bukan takat baju melayu je. Butangnya, sampin nya, songkoknya. Itu baru baju. Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta. Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena. Iron pun dia bawak weh! Kasut? Ha..ada kasut raya. Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti. Ada kasut kalau nak jalan jauh. Hmmmmmm ? Fuh...tu je.. Tu je? Belummmmmm... Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol... Ha...mandi cemane mandi... Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

Tambahnya, setiap baju yang dibawa pulang beraya juga berbeza dari balik kampung, baju untuk masak malam raya, pagi raya, baju ke dapur di hari raya sehingga pada malam Aidilfitri.

Paling mencuit hati netizen apabila Que memberitahu jenis tudung yang dipakai berbeza mengikut situasi sama ada di dapur, pagi raya atau dipadankan dengan baju kasual.

Lebih kelakar, cerita jenis pelbagai pin baju termasuk 20 pasang baju Melayu yang sudah siap digosok.

"Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @the_haidars