Seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.
Raman Kumar, 73, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, untuk berkempen atas platform anti-rasuah untuk menerajui negara sekali lagi.
"Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, telah dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," katanya kepada Bernama.
Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk 'Mahathir Penyelamat Malaysia', filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.
Raman, yang telah menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia, menyatakan bahawa kepimpinan Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum telah mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi bagi sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH), yang dipengerusikannya, selepas 60 tahun kemerdekaan.
"Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran dan cara rakyat Malaysia begitu merasakan momen pembangkang (ketika itu) menang (pilihan raya)," katanya.
Dr Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 9 mei, meranapkan gabungan Barisan Nasional yang begitu hebat di bawah pendahulunya Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meletak jawatan sebagai pengerusi BN.
"Malaysia dilahirkan semula. Mei adalah hari baharu. Malaysia telah diberi peluang baharu," kata Raman mengenai kemenangan PH yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr Mahathir.
"Saya mendapati karakter Dr Mahathir penuh berwarna warni dan kami ingin menceritakan kisahnya dalam keadaan begitu.
Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami telah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik," kata produser itu merujuk kepada M. Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal serta seorang profesor madya.
Raman, yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India dan juga Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan datang dari Mumbai.
Sumber: Bernama
Foto: Carian Google
Amri Hassan
Thu May 31 2018
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.