Penyanyi Lan Solo memohon peminat agar mendoakan pembedahan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang mengalami mengalami cleft lip atau sumbing di bibir akan dipermudahkan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Lan mengakui ini merupakan pengalaman baru dalam hidupnya dan berharap pembedahan yang akan dilakukan ini berjalan dengan lancar.

“Doakan anak saya, Nur Amna Quxandra atau BabyXandra.

“InsyaAllah pembedahan akan dilakukan pada jam 8 pagi esok (hari ini). Moga dipermudahkan segala.. Aaamiiinnn.

“Ini merupakan satu pengalaman baru bagi kami sekeluarga. Doakan kami kuat jugak ya,” tulisnya.

Doakan anak saya.. . “ Nur Amna Quxandra.. / BabyXandra “ . insyaAllah pembedahan akan dilakukan pd jam 8pagi esok.. . Moga dipermudahkan segala.. Aaamiiinnn! . 1 pengalaman baru bagi kami sekeluarga.. doakan kami kuat jugak ya! . . @anakanaklansolo @sheilarazlan . . #nuramnaquxandra #quxandra #xandra #babyxandra #babycleft #cleftlip #ppum #anakanaklansolo #razlansheilakin #4qs

A post shared by L A N S O L O (@lansolo_official) on


Rata-rata peminat Lan mendoakan semoga segalanya akan berjalan lancar dan proses pembedahan akan dipermudahkan.

“@Azlan Shah: Smoga adik Xandra dalam keadaan baik-baik saja dan semoga segala urusan dipermudahkan Aaminn.. LAN SOLO.”

“@Rozie Rauf: Semoga Allah permudahkan segala urusan serta baby Xandra. Aamiin.”

“@Idayu: Moga pembedahan baby xandra berjalan dgn lancar dan d permudahkn Allah segala urusan Lan dan keluarga.”

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram