Pelakon Korea, Kim Ha Neul selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin lalu.

Menurut laporan Soompi, sumber terdekat syarikat agensinya, Sidus HQ berkata Ha Neul selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan berada dalam keadaan sihat.

"Kim Ha Neul kini bergelar seorang ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

"Bayi dan Ibu berada dalam keadaan baik dan proses kelahiran berjalan dengan lancar," kata sumber.

Ha Neul telah berkahwin dengan seorang usahawan pada Mac 2016 selepas beberapa tahun bercinta.

Pada Oktober lalu, Ha Neul telah mengumumkan kepada umum bahawa dia sedang hamil.

Sumber: Soompi

Susunan: Rozaimi Zubaidi