Sedang Miss K leka nak siapkan juadah berbuka semalam, kawan Miss K yang bernama Siti Nur Jackieriena Dean menghubungi Miss K.

Kata Jackieriena, dia ada berita hangat terbaru. Baru-baru ini, Jackieriena lepak minum dengan kawan selepas berbuka puasa di sebuah restoran dekat Jalan Ampang dan mata Jackieriena tertumpu dengan kelibat dua individu.

"Miss K, aku nampak pelakon cantik Tasha Shilla tengah lepak minum dengan seorang jejaka kacak. Dah la kacak, sado pulak tu. Yang penting, lelaki itu berketurunan Mat Salih Miss K oi!

"Mungkin Tasha pun lepak moreh dengan kawan dia tu kat sana Miss K. Aku dengan kawan-kawan aku tengok, Tasha dan jejaka itu berbual mesra sambil bergelak tawa.

"Nampak macam bercinta Miss K.. Betul ke?" tanya si Jackieriena kepada Miss K.

Miss K pun tak tahulah Jackieriena sama ada jejaka itu kekasih baru Tasha atau sekadar kawan sahaja. Harap Tasha dapat beri penjelasan ya!

Kalau benar kekasih Tasha, apa salahnya. Bintang drama bersiri Air Mata Syurga tu pun dah lama single kan selepas putus cinta dengan ahli muay thai pada 2015.

Lama sangat dah tu. Apa-apa pun, Miss K selalu mendoakan Tasha berbahagia, tak kisahlah kalau Tasha tengah single sekarang atau sedang hangat bercinta dengan Mat Salih tu...

Rasanya, peminat pun mesti dah tak sabar nak tengok Tasha naik pelamin dan merasa nasi minyak Tasha dan bakal suami. Tak gitu? Miss K doa Tasha cepat bertemu jodoh ya!

Miss K: Suka tengok 'kimia' lakonan Nana dan Alif dalam Klik! Pengantin Musim Salju yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria, Ria HD dan Ramadan HD!

Foto: Instagram Tasha