Sempena kehadiran Syawal tahun ni, Swarovski memperkenalkan koleksi musim panas/bunga 2018; Crystal Rainbow Collection.

Seiring dengan namanya, koleksi kali ini mengetengahkan perincian warna, moden glamor dan pelbagai sudut kewanitaan.

Diinspirasikan daripada Rainbow Paradise, koleksi ini memfokuskan kepada keunggulan Swarovski dalam seni rekaan potongan kristal.

Secara tidak langsung, ia meningkatkan kandungan warna dan tona atas tona untuk pelbagai varian daripada lembut, pastel hingga warna-warna garang.

Jadi, apa salahnya untuk tampil lebih menyerlah umpama Neelofa pada hari raya Aidilfitri ini dengan rangkaian aksesori serba indah daripada Swarovski.

1. Say hello to summer


Rantai Lisabel (RM509), Rantai Lime Charms (RM659) & Rantai Lime Flamingo (RM469).

Berkeyakinan dengan kilauan rantai leher menawan daripada koleksi musim panas/bunga Swarovski tahun ini.

Rantai leher yang kami senaraikan ini pastinya akan menyerlahkan lagi busana yang diperagakan sama ada untuk menghadiri majlis berbuka puasa atau dipadankan untuk gaya kasual dan trendy!

2. Bohemian chic



Rantai Last Summer Moon (RM369), Gelang Tangan Last Summer (RM659) & Cincin Last Summer (RM369).

Suntikkan sedikit sentuhan warna dan gaya ala bohemian untuk busana Aidilfitri anda tahun ini dengan sebentuk cincin, gelang tangan dan rantai leher yang terdiri daripada kristal firus dan sepuhan emas.

Penuh santun dan feminin, rekaan plat emas koleksi ini juga dilengkapi dengan motif berinspirasikan simbol mistikal.

3. Stack it up


Bangle Live (RM549), Gelang Tangan Lime (RM509) & Swarovski Remix Collection Bee (RM369).

Himpunan gelang tangan secara tidak langsung mewarnai gaya lebih menyeronokkan dan sisi ceria anda.

Aksesori timeless ini akan memberikan impak tersendiri kepada penampilan anda dan semestinya kesemua rekaan koleksi ini harus anda miliki!

Tiada batas! Anda boleh suai padankan aksesori tangan ini mengikut citarasa tersendiri.

4. A fashion faithful



Jam Tangan Cosmic Rock (Hitam & Rose Gold) RM1,690, Jam Tangan Cosmic Rock (Putih & Perak) RM1,590 & Jam Tangan Cosmic Rock (Rose Gold) RM1,690.

Pukau khalayak ramai dengan seutas jam tangan baru batu kristal ultra sempurna Swarovski sempena Aidilfitri tahun ini.

Mempesonakan dan penuh elegan! Setiap satunya dilengkapi dengan batu kristal perak berkualiti tinggi.

Manakala, talinya direka khas untuk disesuaikan dengan apa jua saiz pergelangan tangan dan mudah dilaras.

Sesuai untuk apa jua acara, jam tangan Cosmic Rock ini semestinya akan menyerlahkan busana Aidilfitri anda.

5. Simple sophistication


Anting-Anting Labyrinth Chandelier (RM449), Anting-Anting Lisabel (RM449) & Anting-Anting Last Summer (RM469).

Serlahkan gaya anda dengan pelbagai rangkaian anting-anting Swarovski.

Siluet yang anggun dan kilauan batu kristal menjadi daya penarik untuk koleksi anting-anting ini.

Tampil glamor dari siang hingga lewat malam pada hari raya ini dengan anting-anting yang boleh digayakan dengan pelbagai cara.

6. Unique sparkle


Set Pin Lime Tack (RM839) & Kerongsang Facet Swan (RM659).

Tambah sedikit sentuhan semulajadi pada hari raya kali ini.

Koleksi kerongsang yang diukir unik dengan gaya yang moden ini akan membuatkan penampilan anda berbeza daripada orang lain.

Sesuai untuk pelbagai acara, anda boleh gayakan kerongsang ini bersama tudung atau busana baru nanti.

Jom tonton video “behind the scene” penggayaan aksesori barang kemas Swarovski ini:




Kesemua aksesori Swarovski ini boleh didapati di semua butik Swarovski seluruh negara.

Produk Swarovski juga boleh didapati rakan online rasmi Zalora. Layari www.zalora.com.my/swarovski.

Juga dapatkan set kristal Green Packet dengan setiap pembelian *RM288 untuk item regular. Tambah menjadi *RM800 untuk mendapatkan kotak tisu kristal eksklusif untuk perayaan ini. Tertakluk pada terma dan syarat.