Kalau masih ingat, Haqiem Rusli pernah menganggotai kumpulan boyband Novemboyz sekitar tahun 2014 bersama seorang penyanyi baru, Wan Shahjuddin.

Adakah Wan Shahjuddin dan Haqiem Rusli masih berhubung antara satu sama lain walaupun kini sudah meniti tangga populariti?

"Sebagai rakan yang kenal Haqiem Rusli luar dan dalam sejak menganggotai Novemboyz, saya amat bangga dengan pencapaian dia.

"Dia membuktikan impian itu boleh dikejar kalau ada usaha. Saya tidaklah cemburukannya cuma saya terinspirasi," katanya kepada Astro Gempak.

Wan Shahjuddin bagaimanapun mengakui masih berhubung dengan Haqiem dan mendapatkan nasihat daripada pelantun lagu Tergantung Sepi itu.

"Selepas tamat program realiti itu, masing-masing membawa haluan sendiri dan sibuk dengan pelajaran.

"Tidaklah selalu berhubung tetapi sesama kami masih keep in touch," tambahnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Warner Music Malaysia di SukaSucre Bistro baru-baru ini.

Wan Shahjuddin baru muncul dengan single pertamanya, Apa-Apa hasil ciptaan Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.

Apa-Apa boleh didengar di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan Apple Music sejak 20 April lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @wan_shahjuddin