Penyanyi Wany Hasrita membuat kejutan hari lahir untuk bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat.

Wany bersama rakan-rakan lain membuat kejutan ulang tahun ke-33 Fairuz tiga hari lalu.

Menerusi laman sosial Instagram Fairuz, lelaki itu memuat naik foto sekitar kejutan hari lahirnya.

Dia bermula begini.. . Si @nazmiyunos cakap dr miggu lepas. Ada rakaman kat Sri Pentas. Utk raya. Ada slot utk org bekerjaya yang minat menyanyi. Ok lah. Aku ok kan je la. Dia ckp ade lagu kene nyanyi. So dia ajak jumpa kat office dia.. . @wanyhasrita pulak bgtau ade shooting and rakaman tv. So abis dia nak balik rumah lah sebab penat lah apa lah. Si @amirhaiqal_official pilak migrate ke mana ntah. Si @zielabella bz carik led light kat kaison. Huh.. . Sampai je opis nazmi gila. Dia buka badminton. Dia ckp lepas game baru praktice lagu tu. Si @mirulvalianto bz adjust sound. Tgok badminton. Tp sound pasang mcm nak runtuh dunia. Aku caya je la. Tgok game yang malaysia kalah tu. Tengah aku husyukkkkk .. . Dang!!!! Epibedaytuyu di nyanyi kan beramai ramai. Muncul la si @khai_kewel dan yang lain semua. Dengan muka x bersalah. Seminggu lebih dorng nipu aku dengan cerita rakaman raya tu. Aku punya lah percaya sampai aku cancel plan lain. Benci tapi thanks guys..! . Ok tak dpt nak nipu juga sebab no kat kek tu besor kemain. So guys! Thanks. Terima kasih juga ya Allah kerana datangkan sahabat dan dia yang sedrastik ini. 33 tahun. Still muda mcm bru lepas spm. So takda hal la!.. . #thanksbacasampaihabis

A post shared by FS (@fairuzselamat) on


Sebelum ini, Wany pernah didakwa mempunyai hubungan dengan Fairuz.

BACA: “Kalau Pergi Show Juga, Saya Culik Dia” – Fairuz Selamat Mahu Wany Hasrita Berehat

Menafikan perkara tersebut, Wany menegaskan dia dan Fairuz hanya sekadar berkawan.

Selain Fairuz, Wany juga pernah dikaitkan dengan Khai Bahar dan Tajul.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fairuz