Pelakon Luna Maya mengakui masih memasang niat untuk berkahwin walaupun usianya kini telah mencecah 34 tahun.

Meskipun, telah menjalinkan hubungan percintaan selama lima tahun bersama kekasihnya iaitu Reino Barack namun mereka masih belum mempunyai rancangan untuk berkahwin.

Menurut laporan Liputan6.com, keluarga Reino Barack dikatakan masih tidak merestui hubungan anak mereka bersama Luna.

"Setiap hubungan yang dijalinkan pastinya ingin ke arah perkahwinan.

"Namun saya dan Reino bukan tidak mahu berkahwin tetapi orang tuanya tidak boleh menerima saya kerana menganggap saya merupakan seorang yang bermasalah.

"Saya cumah hanya boleh berserah pada tuhan dan mendaoakan yang baik-baik agar segalanya akan berubah," katanya.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Liputan6.com