Penyanyi yang popular dengan lagu Pertama Kali, Shaa mengakui masih memerlukan masa melakukan promosi untuk single keduanya, Biar Aku Pergi.

Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, 23, berkata, dia masih menunggu daripada pihak pengurusannya berhubung aktiviti promosi untuk single keduanya itu.

"Alhamdulillah saya sudah melancarkan single kedua sejak beberapa bulan lalu dan sekarang ini masih menunggu pihak pengurusan untuk lakukan promosi.

"Penerimaan orang terhadap lagu ini bagus cuma ia tidak sehebat single pertama saya yang dilancarkan dulu.

"Namun saya masih percaya yang lagu ini bakal mendapat sambutan jika promosi dilakukan dengan betul.

"Buat masa sekarang saya sibuk berniaga dan akan kembali aktif bernyanyi selepas Aidilfitri ini," katanya kepada Asto Gempak.

Shaa berkata demikian berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Raya yang diadakan di Sireh Pinang Hall, Cheras Sentral Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi