Pelakon Siti Chubby mengakui pergi ke Melbourne, Australia tiga tahun lalu adalah untuk melanjutkan pengajiaannya di peringkat A Level selain belajar bahasa Inggeris.

Siti atau nama sebenarnya Norfaridah Samsudin, 37, berkata, dia kesal apabila ada pihak mendakwa dirinya cuma ke sana adalah untuk bekerja sebagai seorang pemetik buah.

"Orang kata saya pergi petik buah, menipu orang tetapi secara logiknya buah apa yang ingin saya petik pada musim sejuk?

"Saya pergi ke Australia untuk menyambung pengajian dan bukannya bekerja sebagai pemetik buah.

"Malah saya juga sudah mendapat tawaran daripada sebuah akademi sekitar tahun lalu namun tawaran diterima ketika dia pulang semula ke Malaysia.

"Namun hasrat untuk menyambung pengajian terpaksa dilupakan kerana keadaan ibu yang tidak sihat dan akhirnya meninggal dunia menghalang saya pergi kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga di sini," katanya.

Siti berkata demikian berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Raya yang diadakan di Sireh Pinang Hall, Cheras Sentral Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram