Artis popular tanah air bakal memeriahkan Larian Futbal Fanatix Run @ Shah Alam yang dilangsungkan bersempena Piala Dunia Russia pada 7 Julai depan.

Larian santai yang berlangsung di perkarangan Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dijangka menarik sekurang-kurangnya 5,000 penyertaan.

Larian Futbal Fanatix Run melibatkan tiga kategori iaitu 10km, 5km dan 3km.

Menurut Pengarah Eksekutif Titan Empire Event Management, Mohd Hamizan, berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dan orang ramai yang hadir berpeluang menyaksikan aksi suku akhir menerusi skrin gergasi.

"Mereka yang berdaftar akan mendapat jersi eksklusif pasukan yang beraksi di Piala Dunia 2018.

"Pelbagai akitiviti menarik akan diadakan antaranya tayangan aksi suku akhir piala dunia menerusi skrin gergasi yang disediakan selepas larian dan memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan," katanya.

Orang ramai boleh yang ingin mendatar boleh melayari laman web www.futbalfanatix.com dan setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM77.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Jun ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi