Pelakon Tunku Hanis mengakui kesal apabila ada pihak mengambil kesempatan mencuri barang berharganya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tunku Hanis telah berkongsi keadaan gambar keretanya yang terlibat dalam kemalangan.

"Pada hari jadi saya 24 Mei lebih kurang pukul 7.10 malam di Jalan Kuching, saya telah mengalami kemalangan yang teruk dan handphone saya pula rosak sehari suntuk.

"Alhamdulillah saya selamat cuma terdapat kesan kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari handbag saya dan rantai emas yang tinggi sangat tinggi nilainya.

"Sewaktu saya sedang panik individu tersebut telah masuk ke dalam kereta saya dan mencuri. Saya sangat tak sangka terdapat manusia yang berhati sedemikian sanggup melalukan perkara terkutuk itu sewaktu orang dalam kecelakaan.

"Mungkin ini adalah pembalasan segala dosa-dosa saya makanya saya redha.
Kepada pencuri itu, saya doakan semoga awak diberikan kebahagiaan dunia & akhirat.

"Kepada yang membantu saya, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda," tulisnya.

Assalam! Pada hari jadi saya 24hb Mei lebih kurang pukul 7.10 pm di Jalan Kuching, saya telah mengalami kemalangan yang teruk dan handphone saya pula rosak sehari suntuk, alhamdulillah saya selamat cuma terdapat kesan kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari handbag saya & rantai emas yang tinggi sangat tinggi nilainya sewaktu saya sedang panik individu tersebut telah masuk ke dalam kereta saya dan mencuri. Saya sangat tak sangka terdapat manusia yang berhati sedemikian sanggup melalukan perkara terkutuk itu sewaktu orang dalam kecelakaan. Mungkin ini adalah pembalasan segala dosa-dosa saya makanya saya redha. Kepada pencuri itu, saya doakan semoga awak diberikan kebahagiaan dunia & akhirat. Kepada yang membantu saya, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda. Kepada semua yang ada terlibat tentang kerja dengan saya dan tidak dapat menghubungi saya pada waktu itu dan saya tidak dapat melaksanakan beberapa tugasan saya, saya minta maaf sangat sebab saya terlibat dalam kemalangan & handphone saya pula rosak seharian. Kepada adik-adik anak yatim di Terengganu, akak minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat hadirkan diri seperti yang dijanjikan, minta maaf sangat sangat. Pada sesiapa yang tahu tentang kejadian ini dan tau apa sahaja sila DM saya, saya tak dapat berfikir dengan baik pada waktu itu. Tolong DM saya, terima kasih.

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on


Rata-rata mendoakan agar Hanis tabah dengan dugaan yang dihadapi dan cepat sembuh.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto : Instagram