Sebuah video yang berjudul The Amazing Malaysian Voters mengundang rasa sebak netizen.

Video tersebut menceritakan mengenai suasana disebalik Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan dimuat naik menerusi laman YouTube Thinker Studios.

Jumlah rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbeza latar belakang keluar mengundi menjadi kisah paling hebat yang terlakar semasa PRU14.

Menerusi video yang berdurasi hampir empat minit itu, pelbagai lapisan masyarakat bercerita mengenai pengalaman istimewa mereka.

Antara mereka yang ditemu bual dalam video The Amazing Malaysian Voters adalah Sharifah Amani, Datin Diana Danielle, Bernard Chauly, Suhaimi Sulaiman dan ramai lagi.

Mereka yang menjayakan video tersebut gembira kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dan menyatakan rasa bangga kerana dapat terlibat dalam mencatat sejarah baru selepas tanggal 9 Mei lalu.

Rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap video terbabit.

Menerusi ruangan komen di laman YouTube, ada antara netizen yang mendedahkan mereka rasa sebak serta menangis bangga selepas menyaksikan video tersebut.

Berikut merupakan video The Amazing Malaysian Voters:


Teks: Kamaruddin Razal
Foto: YouTube Thinker Studios