Pelawak Abam Bocey menasihati orang yang mempunyai berat badan berlebihan (Obesiti) supaya tidak malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abam mengajak orang yang mempunyai berat badan berlebihan supaya melakukan senaman supaya tidak di pandang rendah oleh masyarakat.

"Masih ada gemuk yang tak keluar untnk berubah. Jangan malu untuk keluar wahai kaum-kaum gemuk.

"Sebab Gemuk Is Awesome, Jom kita keluar untuk buat sesuatu supaya orang tidak memperlekehkan kaum gemuk!

"Buktikan yang gemuk mampu berubah dan buat sesuatu ketika berada diluar," tulisnya.

Masih ada gemok yg xkeluar utk berubah.... Jgn malu utk keluar wahai kaum2 gemok... Sbb GEMOK IS AWESOME.... Jom kita keluar utk buat sesuatu supaya org tidak memperlekehkan kaum gemok!!! Buktikan yg gemok mampu berubah dan buat sesuatu yg diluar jangkaan!! #misimengecil #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang #teamfadzil #teamnickhinhussien #youcanloseweightfromhome

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on


Rata-rata pengikut Abam bersetuju dengan nasihat diberikan kepada golongan yang mempunyai berat badan berlebihan dan mereka mendoakan agar dia dapat mengurangkan berat badannya.

Sebelum ini Abam dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 15kh dalam masa tiga minggu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram