Aktres dan usahawan, Nora Danish bakal menamatkan konflik hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha berkaitan kes sindir menyindir yang terjadi tahun tahun lalu apabila mendapat perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam masa terdekat.

Nora melihat perkara terbabit sebagai jalan pendamaian terakhir hubungan kedua-dua selebriti yang bermasalah sejak bertahun-tahun lalu.

"Between me against Fasha for defamation, I shall make a statement as soon as I receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon.(Mengenai kes saman fitnah saya terhadap Fasha, saya akan membuat kenyataan sebaik sahaja saya menerima perintah mahkamah dalam masa terdekat). Anda nantikan okey," ujarnya.

Sebuah portal hiburan melaporkan Nora dan Fasha mungkin sudah berdamai selepas kedua-duanya dilihat hadir di Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi Selasa lalu.

Pada Mei 2017, nama mereka panas apabila Fasha didakwa telah menuduh Nora menghalaunya pada sebuah majlis pertunjukkan fesyen.

Kemudian, Nora dalam satu sidang media 12 Mei 2017 menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon berkenaan yang dirasakan telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.

Sumber: Mstar
Foto: Instagram Nora & Fasha