Pengantin baru, Azrinaz Mazhar Hakim bersama suami yang kini sedang bercuti di Palestin berkongsi gambar menarik mereka ketika berada di sana.

Azrinaz bersama suami, Feroz Khan yang bernikah pada 1 Mei lalu sebelum ini menyatakan tidak merancang pergi berbulan madu sebaliknya memilih Palestin sebagai lokasi percutian.

"Alhamdulillah perjalanan kami melepasi sempadan Jurusalem yang dikawal rapi oleh tentera Zionis tidak mengalami sebarang kejadian luar jangkaan.

"Dengan izinNya, kami berpeluang menjejakkan kaki di masjid kedua tertua dan mendekati sejarah silam Rasullullah SAW dan para sahabat di bumi Ambia," katanya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, dia turut memuat naik video percutiannya itu.

Nyata, bakat terpendam Azrinaz sebagai bekas personaliti televisyen turut membuatkan netizen memuji caranya ketika bercerita keindahan masjid Dome of Rock.

Kisah batu tergantung yang sering menjadi perhatian segenap umat sempena Israk Mikraj #domeofrock #alaqsa #palestine #batutergantung #israkmikraj

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on


"Masih power lg utk jadi pengacara. Salam ramadhan sis," komen nurafizahnur.

engkuazmin pula berkata: "Good content + very casual host + awesome DOP + nice shot = GREAT COMBO".

"CP @azrinazmazharhakim tak nak buat comeback dlm dunia penyiaran ke? Rindu sgt," kata maziahmz.

Teks oleh: Elrafaei Sapi