Pelakon Datin Seri Umie Aida menyindir tindakan pelakon Johan As'ari yang meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

Menerusi status di Facebooknya, Umie menasihati Johan supaya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan namanya.

"Berdiam itu lebih baik daripada bercakap. Bila cakap nampak tahap pemikiran seseorang itu. Sad!," tulisnya.



Status yang telah di muat naik Umie itu mendapat reaksi daripada netizen dan rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Johan.

Pada Selasa lalu, Johan As'ari telah memuat naik Tweet berbaur sindiran dan mengundang rasa kurang senang netizen terutama pengikut setia Tun Dr. Mahathir.

Tindakan yang dilakukan oleh Johan itu mendapat kecaman daripada netizen dan mereka mendakwa dia segaja mencetuskan kontroversi bagi mencari publisiti murahan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Facebook