Hanis Zalikha Puasa Tanpa Hairul Azreen

Hiburan
Hanis Zalikha Puasa Tanpa Hairul Azreen
Kerana kesibukan suaminya di set penggambaran, pengacara dan pelakon Hanis Zalikha terpaksa menempuhi bulan Ramadan tanpa kehadiran Hairul Azreen.

"Bulan puasa ini menyaksikan saya sering berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan kerana jadual suami yang padat.

"Pada awal Ramadan, saya berbuka dengan keluarga kerana Hairul sibuk di lokasi filem Paskal.

"Selepas itu, saya sempat berbuka dengan Hairul sebelum dia berlepas ke Turki untuk menyelesaikan beberapa babak akhir filem terbabit," kata Hanis.

Dalam pada itu, usahawan jenama hijab Cakenis ini juga menceritakan mengenai 'cabaran' baru yang ditempuhinya sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

"Mengimbas kembali Ramadan tahun lalu, anak saya, Yusuf Iskandar masih kecil dan hanya minum susu.

"Tahun ini, Yusuf sudah pandai makan dan cabaran yang saya hadapi berbeza. Saya harus memasak di siang hari pada bulan Ramadan untuk menyediakan makanan Yusuf," seloroh Hanis sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, pasangan ini bersama anak mereka dipilih sebagai wajah kempen Jakel Barulah Raya untuk tahun yang kedua.

Selain Hanis, Hairul dan Yusuf, selebriti lain yang turut menjadi wajah kempen ini ialah Ayda Jebat, Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Harith Iskander, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Lara Alana dan Upin Ipin.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @jakeltextile

Artikel Berkaitan