Pelakon dan pengacara Scha Alyahya muncul dengan imej terbaru dengan rambut potongan pendek.

Memuat naik potongan video serta foto terbaru dengan rambut pendek di laman Instagram, rata-rata peminat memuji penampilan Scha.

"Scha nampak macam baya-baya kakak Lara je," tulis seorang pengguna Instagram bernama flawlessbae.co.

"Waaahhhh cutenya rambut pendek," kata yoshiyana.dl.

"Muda 10 tahun @schaalyahya," ujar dr.kangmy.

"Better with short hair actually. Cute bah," tulis thenamesmend.'

"Awwwhh rambut dah pendek. Cute," ujar maryjardin.sya.

Difahamkan, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini tampil dengan imej yang lebih segar kerana terlibat dengan filem komedi yang berjudul Bikin Filem arahan Yeop Hitler Zami.

Selain Scha, pelakon lain yang terlibat dalam filem itu ialah Sherry Alhadad, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Scha