Penyanyi Kilafairy tampil membidas komen-komen yang ditulis netizen di ruang komen gambarnya di Instagram.

"Wow ada Tuhan kat sini. Hi Tuhan," jawab Kila membalas komen yang ditulis salah seorang pengguna.




Pada mulanya pengguna itu memberikan kata-kata nasihat berbaur sinikal agar pelakon cantik itu bertudung.

"Kalau pakai tudung, berpeluh dah dapat pahala dah," tulis pengguna itu.

Terdahulu, Kilafairy memuatnaik beberapa keping foto sepanjang berada di Paris, Perancis termasuk tanda pagar (hashtag) #KetibasDiParis (ketiak basah di Paris).

Hi. Tah la taktau nak cakap apa. Bila pakai t-shirt, kemain sejuk dia. Bila dah long sleeves semua, pepeluh ketiak. Tak boleh percaya la weather forecast online ni ??‍♀️ #KetibasInParis

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on


Bagaimanapun, kemas kini foto Kilafairy itu kurang mendapat reaksi positif sebaliknya membuka ruang untuk pelbagai komen lucah.

Selain memuji bentuk badannya, netizen turut menyerang Kilafairy dan menyifatkannya tidak menghormati bulan Ramadan dengan berpakaian mempamerkan aset tubuhnya.

Sejak permulaan Ramadan, Kilafairy dilihat berada di beberapa lokasi sekitar Eropah termasuk United Kingdom, Perancis dan Belanda.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @kilafairyofficial