Pelakon Que Haidar tampil memberi penjelasan mengenai kritikan netizen yang mendakwa baju Melayu jenama The Haidars dijual pada harga mahal.

Menerusi entri di Instagram (IG), Que Haidar tampil memberi penjelasan terhadap kenyataan netizen yang mendakwa dirinya menjual baju melayu pada harga mahal disebabkan tiada tawaran lakonan.

"Assalamualaikum semua, cuma nak kongsi sikit, Masih ada orang yang macam ni. Saya tak pernah paksa beliau untuk support saya atau beli dari saya.

"Selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri, ikut kemampuan kita. Masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya yang ditanya baju yang Exclusive jadi saya pun bagitau la harga untuk baju yang ditanya, pulak diburuk-burukkan saya.

"Tentang diri saya yang tak laku tu, alhamdulillah Allah masih kurniakan rezeki yang halal untuk saya dan keluarga. Alhamdulillah berniaga ni saya buat hanya pada bulan ramadan dan memang kebanyakkan barang-barang yang saya jual sangat Exclusive dan limited.

"7 tahun dah saya berniaga pada bulan ramadan di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini saya fikir ingin luaskan sedikit perniagaan saya. Jadi saya buka satu lagi di Angsana Johor Bahru memandangkan saya memang ada customers dari Johor dan Singapura yang menginginkan saya buka di Johor tahun ini.

"Jadi tak jauh la untuk mereka membeli belah dengan saya, tak perlulah nak hina kalau tak berkemampuan dan kalau ikhlas ingin support tak semestinya beliau mesti beli, ada macam-macam cara lagi untuk support," tulisnya.

Assalamualaikum semua, just nak share sikit, Masih ada org yg mcm ni.. sy tak pernah paksa beliau utk support sy atau beli dari sy.. selalu org tua sy pesan, ukur baju di badan sendiri.. ikut kemampuan kita.. masih ada yg berpatutan harganya tapi tak ditanya, yg ditanya baju yg Exclusive jadi sy pun bagitau la harga utk baju yg ditanya, pulak diburuk-burukkan sy.. tentang diri sy yg tak laku tu, alhamdulillah allah masih kurniakan rezeki yg halal utk sy dan keluarga.. alhamdulillah.. berniaga ni sy buat hanya pada bulan ramadhan dan mmg kebanyakkan barang2 yg sy jual sgt Exclusive dan limited.. 7 tahun dah sy berniaga pd bulan ramadhan Di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini sy fikir ingin luaskan sedikit perniagaan sy. Jadi sy buka satu lagi di Angsana Johor Bahru memandangkan sy mmg ada customers dari Johor dan Singapura yg menginginkan sy buka di Johor tahun ini, jadi tak jauh la utk mereka membeli belah dgn sy.. tak perlulah nak hina kalau tak berkemampuan dan kalau ikhlas ingin support tak semestinya beliau mesti beli, ada mcm2 cara lagi utk support.. but apa2 pun alhamdulillah ???????

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on


Rata-rata pengikut Que berharap agar dia tabah dengan dugaan ini dan mereka menasihati pelanggan supaya bertanya dahulu sebelum menyebarkan sebarang berita yang boleh memburukkan perniagaan orang lain.

Teks Oleh: Rozaimi zubaidi

Foto: Instagram