Tweet aktor Johan As'ari mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) mengundang kemarahan netizen.

"Cuba check rumah Tun, mesti banyak juga duit," tulis Johan menerusi akaun Twitter miliknya.

Entri tersebut menerima pelbagai reaksi serta membuatkan pengikut setia Tun M bengang.



Menerusi laporan Sinar Harian, mengakui dirinya yang menulis kata-kata itu.

"Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak," katanya ringkas.

Pun begitu tidak bermaksud yang Johan tidak menghormati Tun Dr. Mahathir.

"Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta," katanya lagi.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Johan