Pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menerima satu anugerah pengiktirafan di peringkat antarabangsa pada acara Festival Filem Asia Award 2018 yang berlangsung di Seoul, Korea baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagramnya, @ahmad_idham, dia menerima anugerah Pengarah: Sumbangan Perhubungan Antarabangsa.

Ahmad Idham berkata, pencapaian tersebut turut ingin dikongsi bersama artis tempatan dan pembikin filem sebagai usaha memajukan industri filem tanah air ke peringkat global.



Momen Ahmad Idham menerima anugerah itu diraikan bersama rakan artis, Datuk Eizlan Yusof bersama pelakon, Raja Ilya yang mengikuti rombongan ke sana.

Menariknya, Ahmad Idham berkesempatan melakukan kerjasama antara Aifa Motion Pictures dengan produksi Opus Pictures Korea untuk pembangunan industri kreatif di Malaysia.

"Tahniah juga pada @eizlanyusof dan @rajaalia diatas tawaran bernaung dibawah Opus Pictures Talent utk karier lakonan di Korea ini. Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan yg mulia ini," katanya.

Sebelum balik tadi sempat berbincang perihal Talent Management Program saya utk kolaburasi artis Malysia dan Korea. Insyaallah saya akan berkongsi bersama rakan rakan Seniman tanahair perihal kolaburasi ini dlm usaha saya membawa artis kita ke arena antarabangsa. Tq juga pada @eizlanyusof dan @rajailya di atas kesudian utk bersama saya dalam usaha membawa industri kita ke persada antarabangsa.

A post shared by Ahmad Idham (@ahmad_idham) on


Ahmad Idham juga mempunyai perancangan untuk mengadakan program kolaborasi antara pelakon tempatan dengan Korea menerusi Program Pengurusan Bakat yang dijalankannya di sana.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @ahmad_idham