Pelakon dan penyanyi Erry Putra mengakui mengambil keputusan membawa haluan sendiri selepas lima bulan menjalin cinta dengan penyanyi Fara Hezel.

Menurut Erry, keputusan itu dilakukan selepas hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga masing-masing.

"Kami ada bergaduh sedikit dan enggan mengeruhkan lagi keadaan, kami ambil pendekatan berdiam diri dan tidak berhubung di antara satu sama lain.

"Buat masa sekarang kami hanya mampu berdiam diri kerana keluarga kedua-dua belah pihak tidak merestui hubungan ini.

"Sebenarnya sejak sebelum puasa lagi kami sudah tidak langsung berhubung dan sekarang ini saya pun tak tahu status hubungan kami," katanya kepada Astro Gempak.

Erry berkata demikian berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Raya yang diadakan di Sireh Pinang Hall, Cheras Sentral Mall, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram