Menteri Baru Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo Mula Bertugas Secara Rasmi

Hiburan
Menteri Baru Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo Mula Bertugas Secara Rasmi
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memulakan tugasnya secara rasmi di pejabatnya di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Putrajaya hari ini.
 
Gambar Ahli Parlimen Puchong itu yang bertugas pada hari pertama turut dikongsi Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Fauzi Ayob menerusi akaun Instagramnya, @fauzi_ayob.
 
Menurut status itu, Fauzi mengucapkan tahniah pada Gobind di atas pelantikan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum mengadakan sesi perjumpaan dan taklimat bersama pengurusan tertinggi KKMM dan ketua-ketua jabatan serta agensi di bawah kementerian tersebut.
 


Gobind yang juga anak kepada pemimpin DAP, mendiang Karpal Singh sebelum ini adalah seorang peguam menjadi bangsa Sikh pertama dilantik sebagai menteri persekutuan di negara ini.
 
Beliau lahir pada 19 Jun 1973 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Warwick Britain.
 


Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam bersama anggota kabinet yang lain.
 
Ahli politik berusia 45 tahun ini antara calon anggota kabinet yang dipilih Pakatan Harapan diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fauzi_ayob

Artikel Berkaitan