Nurul Izzah Anwar melalui akaun Twitter rasminya memberikan harapan buat netizen menyaksikan kumpulan muzik Radiohead beraksi di Malaysia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diingatkan oleh seorang pengguna @AlepWilcox menerusi temubual bersama sebuah majalah tempatan tentang janjinya sekitar tahun 2013.

"Indeed. A promise is a promise. Now get on to work!" jawab Nurul Izzah bersama tanda pagar #PostRamadanDiscussion.

Menerusi temubual bersama majalah itu, Nurul Izzah berjanji akan menerbangkan kumpulan Radiohead sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

"If we had won Putrajaya, I would brought Radiohead to Malaysia," kata Nurul Izzah dalam temubual itu.

Reaksi Nurul Izzah mendapat respons positif daripada netizen yang mengharapkan janji itu ditunaikan.

Malah, ada segelintir pengguna yang menyarankan Nurul Izzah membawa kumpulan muzik popular lain antaranya Coldplay, Foo Fighters, Arctic Monkey, Iron Maiden, The Killers, Muse dan Greenday.

Kenyataan Nurul Izzah itu mendapat reaksi positif daripada penganjur acara hiburan popular, Impact Entertainment Group yang berpangkalan di Singapura.

"We can try," balas Twitter Impact Entertainment Group malam tadi.

Syarikat itu sebelum ini pernah menganjurkan beberapa konsert penyanyi terkenal antarabangsa seperti Janet Jackson, Hoobstank, Yellowcard, Escape The Fate, Richard Marx dan Lenka.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter