TUTUP

Bawa Motor Bonceng Permaisuri, Gelagat Sultan Johor Curi Tumpuan Netizen

Hiburan
Bawa Motor Bonceng Permaisuri, Gelagat Sultan Johor Curi Tumpuan Netizen
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mencuri tumpuan netizen apabila dilihat menunggang motosikal sambil membonceng Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Menerusi perkongsian video di Instagram (IG) milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, telah berkongsi video gelagat Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menunggang motosikal.

Aksi 'selamba' Sultan Ibrahim telah menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan aksi bersahaja sultan yang disifatkan sebagai berjiwa rakyat.
 
 

A post shared by @tunku_idris on


Antara lain yang menarik perhatian netizen adalah apabila Sultan Ibrahim mengusik Permaisuri yang membonceng di belakang sehingga menyebabkan Baginda kelihatan jelas teruja.

Menerusi video itu juga rata-rata netizen memuji sikap Sultan Ibrahim yang ‘sporting’ dan suka mengusik.

Sultan Ibrahim sememangnya dikenali sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat.

Aksi mencuit hati itu dipercayai dirakam berdekatan Padang Polo DiRaja di Istana Pasir Pelangi baru-baru ini.
 
 

A post shared by @tunku_idris on


Sumber: Astro Awani

Artikel Berkaitan