Pelakon Leez Rosli mengakui terpaksa melupakan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

Menurut Leez, dia kini banyak menghabiskan masa di rumah menguruskan keluarga dan perniagaan tudung Saffiya by Leez Rosli yang mula diusahakan pada Disember tahun lalu.

"Sejujurnya memang saya rindu untuk kembali aktif dalam bidang lakoanan dan nyanyian semula namun terpaksa tolak kerana sukar berjauhan dengan anak.

"Saya juga menolak banyak tawaran lakonan yang diberikan kerana mahu memberi fokus pada anak memandangkan dia masih menyusu badan.

"Alhamdulillah, buat masa sekarang masa saya banyak dihabiskan dengan melakukan perniagaan tudung dan sambutannya sangat menggalakan.

"Perkara itu juga membuatkan saya sukar kembali kembali aktif dalam bidang lakonan kerana saya mahu memberi fokus pada perniagaan yang baru dijalankan ini," katanya kepada Astro Gempak.

Leez berkata demikian ketika ditemui ketika majlis sidang media Festival Ramadan Putrajaya 2018 di Putrajaya, baru-baru ini.

Festival tersebut diadakan pada 17 Mei sehingga 14 Jun dengan penglibatan 30 artis popular yang akan membuka gerai masing-masing antaranya Erra Fazira, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Ramlah Ram, Ella dan Haiza.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Kredit Foto: Instagram