Bintang Manchester United Paul Pogba dilapor sedang mengerjakan umrah dan kini berada di Mekah, Arab Saudi.

Menerusi entri terbaharu di Instagram (IG), Pogba sempat berkongsi video semasa dia sedang berada di Makkah melakukan umrah.

"Hanya orang yang sampai disini sahaja yang akan faham perasaan saya ini, bukan mudah untuk saya jelaskan perasaan saya sekarang ini.

"Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk datang ke Mekah, silalah datang untuk merasai perasaan yang amat menenangkan ini," katanya.

Allah u akbar .God is the greatest ???

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on


Video yang dikongsikan itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta dan 30 ribu komen.

Rata-rata peminat kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pogba yang sanggup menghabiskan masa untuk melakukan ibadah umrah sebelum dia memulakan latihan menghadapi piala dunia bersama pasukan Perancis.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi