Perkahwinan diraja Britain antara Putera Harry dan buah hatinya yang juga aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle baru-baru ini ternyata berjaya menarik perhatian umum di seluruh dunia.

Pasangan ini telah mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan dalam satu majlis gilang-gemilang di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor pada Sabtu.

Namun, apa yang dinanti-nantikan peminat perkahwinan diraja adalah foto yang rasmi yang dirakamkan oleh pihak istana.

Penantian itu akhirnya terjawab apabila Istana Kensington berkongsi tiga keping foto rasmi menerusi akaun Twitter mereka.
Kesemua foto indah itu dirakamkan oleh jurugambar rasmi istana, Alexi Lubomirski.

Semasa hari bersejarah itu, pewaris takhta Britain, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.

Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.

Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.

Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.

Beberapa selebriti terkenal seperti David Beckham dan Oprah Winfrey juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.

Lebih 6 juta pengguna menghantar mesej di Twitter semasa hari perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markel dengan 5.2 #royalwedding turut digunakan.

Selepas disatukan sebagai suami isteri, pasangan berkenaan yang kini dikenali sebagai Duke and Duchess of Sussex pulang ke London untuk menjalani rutin mereka.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Astro Awani
Foto: Carian Google