Dalam entri Instagram itu, Sakinah bersama suami, Aliff Adha menyarung persalinan jubah hitam sempena meraikan ulang tahun pertama, Anais Adha hujung minggu lalu.
"Masih bahagia. Jangan kacau!" tulis pelakon itu.
Netizen yang terkesan dengan kapsyen itu memuji tindakan Sakinah memberikan 'amaran' awal.
Majlis sambutan hari jadi Anais berlangsung meriah sekali dengan majlis berbuka puasa di Glam Hall, Damansara dengan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.
Jom saksikan foto-foto menarik sekitar majlis hari jadi Anais Adha yang bertemakan 'all black'.
Teks oleh: Amri Hassan