Pelakon Izreen Azminda mengakui masih menutup ruangan komen di laman Instagram (IG) miliknya sehingga kini.

Menurut Izreen, perkara itu dilakukan kerana tidak mahu melihat perbalahan diantara peminatnya dan mengakui dirinya lebih tenang melakukan perkara demikian.

"Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan saya rasa ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

"Saya juga sehingga kini masih menutup ruangan komen dalam laman Instagram kerana tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen 'sampah' lagi.

"Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan kebanyakkan mereka yang memberi komen negatif itu adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak.

"Keputusan yang diambil ini ternyata memberi ketenangan pada saya kerana itu adalah tindakan terbaik untuk mengelakkan orang ramai berbalah," katanya kepada Astro Gempak.

Izreen berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan duta produk Magika, di Ara Event Hall, Taman Melawati, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi