Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein menangis sebak tanda terharu apabila pihak mahkamah menolak tuntutan bekas suaminya, pengarah Azmi Hata untuk memenjarakan dirinya.

Tidak disebutkan secara terperinci butiran kes yang mereka hadiri di mahkamah, peserta Gegar Vaganza 3 itu berkongsi berita tersebut menerusi sepotong video yang menyaksikan Elly menangis.

Pelantun lagu Bungaku Bakawali itu memuat naik video tersebut bersama kapsyen panjang lebar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah di bulan yang mulia Kakak Lina dapat keadilan.

"Syukur Alhamdulillah. Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata untuk penjarakan Kakak Lina.

"Salah 1 alasan @azmi_hata adalah, Azmi kata Kakak Lina Mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia.

"@azmi_hata sangat kejam punya impian nak pisahkan Kakak Lina dengan Manja.Tak tahu la bile agaknya @azmi_hata nak move on.

"Sepatutnya ikut akal logic, Kakak Lina la yang lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempurna.

"Kalau nak di bandingkan dengan Kakak Lina selepas bercerai sampai sekarang belum bernikah, hanya ada Sefhia dan menjaga Abah. Mama dah meninggal.

"Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak habis-habis nak seksa dan kacau kehidupan kami 3 beranak.

"Takpe dugaan untuk Kakak Lina. Insya-Allah Kakak Lina tak akan mengalah.

"Lepas ni Kakak Lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan untuk meminta pihak produksi yang @azmi_hata sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan untuk pembayaran nafkah Sefhia yang hanya RM1500

"@azmi_hata wajib memberi nafkah kepada Sefhia. Kakak Lina bersyukur dan Kakak Lina mampu sara Sefhia dengan rezeki yang Allah bagi ni, Insya-Allah.

"Cuma Kakak Lina nak @azmi_hata bertanggungjawab kepada Sefhia. Tu duit Sefhia, hak dia. Moga kisah Kakak Lina menjadi iktibar buat semua.

"Thank you buat En Mahyuddin selaku peguam Kakak Lina yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Syukur rezeki kita.

"Buat @azmi_hata nak nikah berderet boleh. Nak anak ramai boleh. Tapi bayarlah nafkah anak.

"Dah la duit hantaran nikah dulu pun Kakak Lina tak dapat. duit iddah selepas bercerai pun tak dapat. Tapi Kakak Lina tak kisah, Kakak Lina halalkan.

"Tapi duit manja kau jangan buat hal ye. Aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau, baru kau tau," tulis Elly panjang lebar.

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah di bulan yg Mulia kakak lina dpt keadilan . Syukur Alhamdulillah . Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata utk Penjarakan kakak lina . Salah 1 alasan @azmi_hata adalah , azmi kata kakak lina mama yg tidak bertanggungjwb kpd Sefhia ? . @azmi_hata sgt kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dgn manja . X tahu la bile agaknya @azmi_hata nak move on . Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yg lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura . Klu nak di bandingkan dgn kakak lina selepas bercerai smpai skrg belum bernikah , hanya ada sefhia dan menjaga abah .. mama da meninggal . Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis2 nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak . Xpe dugaan utk kakak lina .. InsyaAllah kakak lina x akn mngalah . Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan utk meminta pihak produksi yg @azmi_hata sedang bekerja utk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan utk pembayaran nafkah sefhia yg hanya rm1500 . @azmi_hata wajib memberi nafkah kepada sefhia.. kakak lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dgn rezki yg Allah bg ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak @azmi_hata bertanggungjwb kpd sefhia .. tu duit sefhia, hak dia . Moga kisah kakak lina menjd iktibar buat semua . Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yg telah menjlnkan tugas dgn baik sekali..syukur rezki kita . Buat @azmi_hata Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tp bayarlah nafkah anak . Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina x dpt.. duit iddah selepas bercerai pun x dpt .. tp kakak lina x kisah , kakak lina halal kan . Tp duit manja kau jgn buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau , baru kau tau

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on


Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, pernah bernikah dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.

Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Hasil perkahwinan Elly dan Azmi, mereka dikurniakan Putri Sara Sefhia yang kini berusia 2 tahun.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly