Hamil 7 Bulan, Lisdawati Masih Aktif Berbasikal

21 Mei 2018. 10.54 AM
2,248
Hiburan
Hamil 7 Bulan, Lisdawati Masih Aktif Berbasikal
Biarpun sedang hamil tujuh bulan, pelakon drama bersiri Mr Grey, Lisdawati masih aktif melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal.

Bayi yang sedang dikandung Lisdawati merupakan anak keempat hasil perkahwinannya bersama aktor Fauzi Nawawi.

"Alhamdulillah, biarpun saya hamil, keadaan saya baik-baik sahaja. Saya masih meneruskan kegiatan yang agak lasak seperti berbasikal. Namun semuanya dibuat mengikut nasihat doktor.

"Bulan lalu, saya berbasikal sejauh 10 kilometer di Putrajaya. Kali ini, saya menyertai acara anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) untuk berbasikal dalam program My Town Night Ride bersama Mike Bikes di sekitar Kuala Lumpur.

"Boleh aktif untuk melakukan aktiviti lasak jika kandungan rasa kuat tetapi saya tetap harus berhati-hati. Tiap kali selesai acara,  saya akan buat pemeriksaan untuk memastikan kandungan sihat. Alhamdulillah, doktor kata bayi aktif," kata Lisda.
 
 

Assalamualaikum ❤️ Morning Alhamdulillah .. genap 7 bulan .. Ramai nak tahu mcm mana sy berbasikal sejauh 10 km saat sy mengandung .. ☺️☺️. Dengan izin Allah swt Alhamdulillah . Picture atas masa Hari Wanita kandungan sy 4 1/2, picture bawa kandungan sy 6 . Boleh aktif jika kandungan rasa kuat tetapi tetapkena hati2 . Tiap kali selesai acara sy akan buat pemeriksaan utk kandungan sihat .. Alhamdulillah Doktor kata baby aktif. So sy share amalan sy tiap pagi.. minum susu #ibusuri ( susukambing) campurkan @aryzachiaseedhq dan sedikit kismis atau kurma yg dipotong kecil2. Tuang air panas dan minum... Senang ... ✔️ Dapat bekalkan tenaga sepanjanghari ✔️ Menjaga sistem penghadaman utk masalah sembelit. ✔️ Membantu utk mereka yg nak berdiet sbb mengenyangkan 💙 SELAMAT MENCUBA

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on


Dalam pada itu, Lisdawati menjelaskan dirinya tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan untuk mengelakkan orang lain risau.

"Jika dilihat kepada keadaan perut dan saiz kandungan, nampak kecil sahaja. Ketika saya menjayakan drama bersiri Mr Grey, ramai orang tidak sedar saya sedang hamil ketika itu.

"Saya tak berniat nak rahsiakan kerana menerusi kandungan yang lalu, semua orang 'terlebih' prihatin dan menjaga saya sehingga saya malu dan segan.



"Sudah menjadi kebiasaan untuk saya untuk tidak menyusahkan orang lain hanya kerana saya berbadan dua. Kandungan saya pun sihat sahaja.

"Insya-Allah, saya bakal melahirkan bayi lelaki dan saya dijangka bersalin selepas sambutan Hari Raya nanti," katanya ketika ditemui usai acara My Town Night Ride di MATIC baru-baru ini.



Selain Lisdawati, acara yang membawa pengunjung meneroka keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam dengan berbasikal ini turut disertai oleh Maria Tunku Sabri, Chef Fikree Aznan dan Balkisyh Semundur Khan.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Lisda

Artikel Berkaitan