Majlis gilang-gemilang perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markel telah berlangsung semalam.

Namun, usai menjadi puteri baharu kerajaan England, ada beberapa perkara yang Meghan perlu patuhi.

Berikut adalah senarai yang tidak boleh dilakukan Meghan selepas menjadi isteri Putera Harry.

1. Tiada swafoto

Anda tidak akan melihat lagi sebarang selfie daripada Meghan selepas ini, sama ada bersendirian, berdua atau ber-wefie.



2. Tidak boleh berautograf

Atas dasar keselamatan bagi mengelak peniruan tanda tangan keluarga diraja, Meghan sudah tidak boleh memberikan sebarang autograf kepada peminatnya.



3. Tidak boleh mengundi

Menjadi neutral dan menghormati semua parti politik antara syarat yang perlu dipatuhi Meghan.

4. Tidak boleh menayangkan kaki

Pakar diraja, Victoria Arbiter menjelaskan orang ramai tidak akan melihat keluarga diraja tanpa memakai sarung kaki berona nude.



5. Tidak boleh beradu ikut suka

Pernah berlaku kejadian di mana Puteri Diana meminta izin untuk beradu lebih awal daripada Permaisuri Elizabeth dan perbuatan itu adalah tidak wajar.



6. Tidak boleh duduk bersilang kaki

Menjadi protokol istana untuk tidak duduk dalam keadaan bersilangkan kaki melainkan hanya hujung kaki sahaja.



7. Tidak boleh berlakon

Tiada lagi dunia glamor bagi Meghan selepas menjadi sebahagian daripada kerabat diraja.



8. Tidak boleh melancong bersendirian

Meghan akan dikawal 24 jam oleh pegawai perlindungan diraja.



9. Tiada manicure warna-warni, beg besar

Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral. Tiada lagi warna merah menyala atau ungu gelap bagi Meghan.



Selain itu, etika pemakaian diraja hanya membenarkan clutch atau beg kecil dibawa setiap kali keluar dari istana.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: The List, Pens & Patron