Ahli kumpulan BTS, Taehyung menghargai pemberian peminatnya dari Malaysia dengan menyarung sepasang baju Melayu ketika mengadakan rehearsal persembahan baru-baru ini.

Menerusi akaun Twitter milik @Sylleblossom, Taehyung dipercayai memakai baju Melayu cekak musang berwarna putih yang dihadiahkannya sebelum ini.

"Taehyung wears the baju Melayu we sent to him. What I do to deserve this," tulis pengguna itu.





Menguatkan bukti, pengguna media sosial itu berkongsi set baju Melayu putih yang dihantarkan kepada Taehyung.

Sehingga kini entri Twitter itu telah diulangsiar (retweet) lebih 10,000 kali dan mendapat 12,000 likes daripada pengguna lain.

Dalam persembahan itu, Taehyung memadankan persalinan baju Melayu itu dengan topi dan kasut.

Keputusan Taehyung menyarung set baju Melayu itu pada bulan Ramadan mendapat pujian daripada peminatnya.

"Pandai pula pakai time Ramadan," tulis salah seorang pengguna.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
Foto: Twitter, Carian Google