Golongan selebriti memberikan sokongan padu untuk kempen gelomboang kebangkitan ummah, World #QuranHour yang akan berlangsung pada 7 Jun ini.

Antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Johan As'ari, Yatt Hamzah, Adam Corrie, Heliza Helmi dan Fizo Omar.

World #QuranHour akan berlangsung pada 7 Jun ini bersamaan 22 Ramadan 1439H di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, bermula jam 11 pagi.

Ia juga bagi menyeru semua ummah untuk berinteraksi dan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian diri, bersama keluarga dalam melahirkan individu yang berakhlak berasaskan Al-Quran.

Program ini hasil gabungan 10 media tempatan rasmi di negara ini dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Program kali ini mengangkat Surah Al-Hujurat sebagai surah utama dengan panduan pembentukan umat berakhlak mengikut panduan al-Quran.

Surah tersebut akan difahami (tadabbur dan tazakkur) dengan empat surah lain iaitu surah Al-Fatihah sebagai Ummul Quran; Surah Al-Baqarah sebagai puncak Quran; surah Yassin sebagai Qalbu Quran serta surah Luqman menjadi misi sepanjang tahun untuk membina keluarga.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Sinar Harian