Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya berkahwin di Gereja St. George, Istana Windsor, United Kingdom, sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia) hari ini.

Pewaris takhta British, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.

Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.

Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.

Pasangan itu - Duke dan Duchess of Sussex kemudiannya diarak dengan menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor.

Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan dipancarkan di seluruh dunia.

600 jemputan istimewa

Dianggarkan sekitar 600 tetamu tiba di Istana Windsor untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.

Beberapa selebriti terkenal juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.

Antaranya ialah pengacara televisyen terkenal Oprah Winfrey, pelakon Bollywood Priyanka Chopra, pasangan selebriti David dan Victoria Beckham serta George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.


Selain itu, seramai 2,640 orang awam telah dipilih untuk menyaksikan majlis itu dari luar halaman Istana Windsor.

Sumber: Astro Awani
Foto: Carian Google