Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir menyatakan pendapatnya kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya muhasabah diri susulan pelbagai dakwaan skandal yang dikaitkan.

Faizal membuat luahan tersebut dalam satu ruang komen gambar di akaun peribadi Najib yang menunjukkan bekas pemimpin nombor satu negara itu sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru semalam.

“Semoga Allah membimbing kamu, Datuk Seri.

“Dalam diri setiap individu pasti ada nilai kebaikan dan sudah pasti kamu juga ada sisi kebaikan itu.

“Bagaimanapun, kita juga memerlukan ruang untuk bermuhasabah dengan apa yang kita sudah lakukan dalam hidup. Kamu sudah pun menjalankan peranan kamu sebelum ini.

“Marilah kita sama-sama beringat, tiada siapa di muka bumi ini yang sempurna, terutamanya diri saya.

“Allah sentiasa ada untuk memaafkan hamba-Nya. Kerana pada akhirnya, kamu bukan sesiapa tanpa Allah SWT. Doa saya mengiringi Datuk Seri,” katanya.

Sumber: Astro Awani