Pejam celik - pejam celik tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, sedarkah kita bahawa terdapat terlalu banyak perbezaan yang dapat dirasai apabila setiap tahun menjelang hari raya.

Bagi sesiapa yang lahir zaman 80-an dan 90-an pasti tahu bagaimana rasanya meriah sambut raya selama sebulan kerana perayaan sering disambut pada hujung tahun iaitu pada bulan November atau Disember.

Pasti banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan semasa hari raya dan segalanya kini boleh dikatakan hanya tinggal kenangan.

Keindahan dan keseronokan beraya itu telah dilenyapkan dengan kewujudan pelbagai teknologi yang canggih masa kini sehingga membuatkan ramai yang leka.

1.Duit Raya VS Password Wifi


Kalau dulu, kanak-kanak datang beraya beramai-ramai sambil makan kuih raya pastu masing-masing tunggu duit raya.

Tapi sekarang ini apa mereka akan tanya ialah password wifi di rumah yang mereka pergi untuk melayari media sosial.

2. Tradisi Kad Raya VS Whatsapp


Jika dulu keistimewaan hari raya itu apabila menerima kad ucapan hari raya kerana ada yang bermuzik, ada yang bercorak ketupat. Malah, lebih rajin lagi kalau boleh buat sendiri kad raya tu.

Namun semua itu kini boleh dikatakan sudah pupus sepenuhnya apabila teknologi menguasai kehidupan.

Tiada lagi kad ucapan raya kerana semuanya telah digantikan dengan aplikasi Whatsapp.

3. Juadah Raya Tradisional VS Kuih Tunjuk


Dulu-dulu, kuih raya selalunya sangat terhad dan ada yang sanggup mengambil cuti semata-mata ingin menyediakan juadah pada hari raya.

Namun kini disebabakan kesibukan kerja, ramai yang beli je kuih di kedai-kedai. Malah, lagi senang ada yang order daripada online je. Tahu-tahu dah sampai depan rumah. Betul tak?

4. Ziarah Sanak Saudara VS Tonton Rancangan Di TV


Masa dulu, lepas je solat Aidilfitri, mula la mak ayah sibuk nak beraya ke jiran tetangga, keluarga dan sahabat handai. Memang makan sepanjang hari sambil mengumpul duit raya.

Namun pada masa kini banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen daripada keluar menziarahi sanak saudara.

5. Balik Kampung Dulu VS Sekarang


Sebut sahaja “balik kampung” akan terbayang berduyun-duyun kenderaan keluar dari bandar memenuhi lebuhraya. Kenderaan pelbagai jenis seperti motosikal, kereta, van dan bas beratur panjang menuju kampung masing-masing baik di utara, selatan, timur atau barat.

Kini ramai yang menggunakan perkhidmatan seperti kapal terbang untuk pulang ke kampung kerana kemudahan yang disediakan pastinya akan menjimatkan masa orang ramai untuk pulang ke kampung daripada melalui lebuh raya yang sesak disebabkan ramai yang tidak mahu lepaskan peluang beraya bersama keluarga.

Tidak lupa juga bahawa kereta api turut menjadi salah satu pengangkutan wajib bagi sesetengah daripada kita kerana dikatakan dapat mengembalikan nostalgia hari raya untuk bertemu orang tersayang.

Ternyata nostalgia orang dahulu pulang ke kampung dengan menaiki kereta api semakin dilupakan kerana sekarang ini terdapat pelbagai kemudahan lain yang disediakan untuk memudahkan perjalanan pulang ke kampung.



Demi untuk mengembalikan suasana berhari raya pada zaman dahulu, the Curve, Mutiara Damansara kini tampil dengan hiasan yang akan mengimbau suasana orang pada era 60an pulang ke kampung dengan menaiki keretapi.

Pastinya pengunjung dapat mengimbau suasana orang dahulu pulang ke kampung apabila datang di the Curve, Mutiara Damansara bermula 18 Mei ini hingga 17 Jun 2018.

Dengan mengangkat tema Senandung Syawal pada tahun ini, anda bakal dihiburkan dengan persembahan menarik pada hujung minggu dan berpeluang memenangi ganjaran menarik apabila berbelanja sebanyak RM 200 dan RM 480.



Sementara itu, orang ramai juga akan dapat menyaksikan tarian muzikal Senandung Syawal, pada setiap hujung minggu, pukul 1.30 petang dan 4.30 petang.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman berada di kampung dengan membawa ahli keluarga datang ke The Curve, Mutiara Damansara untuk mencari keperluan barangan perayaan sekeluarga anda disana.