Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengimbas semula memori bersama arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad ketika di bulan Ramadan.

"Masih segar di ingatan saya, jika berkelapangan, bapa saya sering membawa pulang minuman Chatime buat kami sekeluarga, terutamanya di bulan Ramadan.

"Minuman Chatime ini sebenarnya sangat dekat di hati saya dan keluarga. Bapa juga tahu perisa kegemaran saya. Jadi, apabila diberi peluang berkolaborasi menghasilkan perisa baru Chatime bagi edisi Ramadan tahun ini, saya teringat semula kenangan dengan arwah bapa," kata Fazley.

Dilantik menjadi wajah kempen Ramadan Chatime, Fazley tidak menuggu masa yang lama untuk bersetuju dengan tawaran tersebut.

“Apabila saya menerima pinangan untuk bekerjasama dengan mereka, semestinya saya rasa teruja kerana minuman ini mempunyai tempat istimewa dalam hati saya.

“Saya hasilkan minuman bandung dan cendol untuk Chatime istimewa sempena Ramadan. Dua jenis minuman ini juga memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

"Saya tak ambil masa lama untuk bersetuju dengan tawaran ini," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran terbabit di Suka Sucre Bistro baru-baru ini.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali serta Pengarah Eksekutif, Widayu Latiff.

Bandung Sago Pearl Milk Tea (boleh ditambah dengan krim vanila) dan Cendol Sago Milk Tea dijual setiap satu dengan harga RM8.90.

Dua minuman istimewa ini boleh diperolehi di seluruh cawangan Chatime di Malaysia bermula seminggu sebelum Ramadan dan berakhir pada minggu awal Hari Raya tahun ini.

Chatime yang memasuki pasaran negara ini sejak 2009 kini mempunyai hampir 40 cawangan seluruh Malaysia.

Chatime juga memiliki lebih 1,700 cawangan di 32 negara antaranya, London, Paris, Amerika Syarikat, Kanada, Dubai, Australia, Korea, China, India, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia serta Taiwan.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fazley