Netizen memuji pengarah terkenal, Michael Ang yang turut sama berpuasa di hari pertama Ramadan.

Menerusi kemas kini Instagram Michael, pengarah drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu memuat naik sekeping foto dirinya berbuka di dalam kereta.

"Berbuka di kereta! Yes I berjaya berpuasa today! And no rokok! Selamat berbuka semua!" tulis Michael ringkas di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Michael kerana berjaya berpuasa seharian biarpun dia tidak menganut agama Islam.

Netizen juga memohon agar Michael meneruskan aktiviti berpuasa untuk mendapat manfaat kepada kesihatannya.

Selain Michael, Soo Wincci turut berpuasa dan mula melakukan aktiviti tersebut sejak tahun 2012.

Tahun ini merupakan tahun ketujuh Soo Wincci berpuasa.

BACA: "Are You Muslim? Nope. I'm Malaysian" - 2018 Tahun Ketujuh Soo Wincci Berpuasa

Dalam perkembangan lain, drama bersiri arahan Michael, Rahsia Hati Perempuan kini sedang bersiaran di slot Megadrama.

Berbuka di kereta! Yes I berjaya berpuasa today! N no rokok! Selamat berbuka semua!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Menampilkan lakonan hebat Mira Filzah, Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim dan Uqasha Senrose, Rahsia Hati Perempuan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadan HD (122).

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Michael