Pelakon drama bersiri Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia cuba mendekati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. "Sebenarnya, sudah lebih dua tahun saya mengenali Saddiq, sebelum dia bergelar Ahli Parlimen lagi. Dia pernah menghadiri beberapa acara yang saya anjurkan, bahkan dia juga pernah hadir ke majlis tayangan filem lakonan saya, Kimchi Untuk Awak. "Ada orang dakwa saya cuba nak 'try' Saddiq selepas saya memuat naik sebuah video boomerang bersamanya di laman Instagram sempena kemenangan Saddiq di Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari. Tak ada istilah 'try' pun. "Periksa semula laman Instagram saya dan semuanya boleh dilihat sendiri. Dari dulu lagi saya pernah memuat naik foto bersama Saddiq kerana kami memang berkawan, tetapi mungkin pada masa itu tiada sebarang isu kerana Saddiq tidak popular seperti sekarang," kaat Emma. Kakak kepada Chacha Maembong ini juga menafikan dia menyokong mana-mana parti politik. "Saya muat naik video bersama Saddiq hanya untuk mengucapkan tahniah kepadanya sebagai seorang kawan, itu sahaja. "Saya juga pernah memuat naik foto bersama bapa saudara yang merupakan bekas exco Menteri Besar Terengganu. Saya akui membesar dengan UMNO, bapa saya merupakan pelukis di PWTC dan dia yang melukis gambar pemimpin UMNO di PWTC. "Tetapi saya sendiri mengambil pendekatan untuk tak melibatkan diri atau bercerita mengenai mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui di sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific semalam. Emma yang mengusahakan jenama pakaian Emma RTW bakal menyertai festival fesyen dan kecantikan terbesar yang diadakan di Kelantan pada 18 dan 19 Mei, Kedah (1 & 2 Jun), Pahang (2 & 3 Jun) dan lokasi kemuncak di PWTC pada 8 sehingga 10 Jun selama 72 jam tanpa henti. Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Emma
[VIDEO] "Bukan Dia Yang Buat Masalah, Tapi ...." - Ini Penjelasan Misha Omar Tentang Hubungan Dengan Siti Sarah 22 Feb 2019
“You Came In A Hurry Sayang, 8 Bulan Dah Keluar, Tapi...”- Ucapan Istimewa Nora Danish Buat NeyNey 22 Feb 2019
“Sengih Sorang-Sorang Tengok Video Ni” – Muzik Video Lagu Hindustan Mira Filzah Jadi Perhatian 22 Feb 2019
"I Train People, But As A Singer I Also Need To..." - Ernie Zakri Belajar Vokal Dengan Syafinaz 22 Feb 2019
"Betapa Terkejutnya Bila Ayah Nak Kahwin Siti" - Anak Datuk K Throwback Kenangan Sebagai Peminat Penyanyi No. 1 Negara 4,735
"Aku Dah Bagi Laki Ko Makan... Ko Shoot Leklok Ok!" - Pesan Ozlynn Pada Nabila Huda Memang Kelakar 3,096
"Mikrofon Terpasang Sendiri, Dengar Suara Perempuan Walau Tak Ada Orang" - Elizabeth Tan Cerita Pengalaman Mistik Di Set Misteri Dilaila 1,766