Hampir seminggu Tun Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh, isteri beliau, Tun Siti Hasmah mula risaukan kesihatan suaminya.

Tun Siti Hasmah menerusi kemas kini di Facebook rasmi Kelab Che Det memberitahu suaminya, Tun Mahathir tidak cukup tidur kerana meneliti pelbagai dokumen hingga pagi.

"Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur.

"Waktu tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan.

"Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga pukul 4-5 pagi.

"Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat," luah Tun Siti Hasmah.



Luahan Tun Siti Hasmah itu mendapat perhatian netizen yang turut bimbang akan kadar kesihatan Tun Mahathir.

Status wanita pertama negara itu mendapat lebih 11,000 perkongsian daripada pengguna di Facebook sejak dimuat naik tengah hari tadi.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Facebook Kelab Che Det
Foto: Carian Google