Profesion perguruan mempunyai daya penarik tersendiri. Tidak sekadar memiliki ilmu pengetahuan yang luas, guru juga perlu sentiasa berketerampilan dan menjaga pesona mereka.

Dianugerahkan rupa paras kacak dan cantik merupakan bonus bagi seseorang guru, bukan hanya menjadi daya penarik bahkan aura dimiliki mampu membuka ruang lebih luas untuk meneroka bidang baharu selain pendidik.

Sempena Sambutan Hari Guru hari ini, Gempak senaraikan lima guru lelaki paling hot dan popular di Malaysia.

1) Cikgu Jimmy Jejai

Mulai tular sejak September tahun lalu, Jimmy atau nama sebenarnya Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar merupakan tenaga pendidik di Parit Buntar, Perak.

Jimmy yang berasal dari Muar, Johor bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah berkenaan dan selain terbabit sebagai model sambilan.

Malah, Jimmy yang baru menyambut ulangtahun kelahiran baru-baru ini berbakat dalam bidang nyanyian dan fasih berbahasa Mandarin.

Jimmy kini memiliki jumlah pengikut seramai 10,000 di Instagram.

Selamat Hari Guru ???

A post shared by 18/2/2017-1:20a.m :’) (@jimmyjejai) on

Happy Weekend peeppsss !! ? ? : @naharulazri

A post shared by 18/2/2017-1:20a.m :’) (@jimmyjejai) on

Goodnight fellasss !!!

A post shared by 18/2/2017-1:20a.m :’) (@jimmyjejai) on




2) Cikgu Az

Mohamad Aziram Zakaria, 26, antara yang berjaya memanipulasi aura hingga memiliki pengikut Instagram seramai 125,000.

Guru dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kepong itu sering dikatakan memiliki rupa paras persis Izzue Islam.

"Sebagai guru, kita mesti menjadi role model dan menunjukkan contoh baik kepada pelajar," katanya yang berasal dari Kelantan.

Dah gemok ni sush naw nk cari angle bg nmpak ad jawline. Huhu Bro cuba ?

A post shared by Mohamad Aziram "Cekgu_Az" (@mr__az92) on

Ada chance lg ke nk slim melim cmni balik. ??? huhu

A post shared by Mohamad Aziram "Cekgu_Az" (@mr__az92) on

Style baru. Kangkang bai ???

A post shared by Mohamad Aziram "Cekgu_Az" (@mr__az92) on


3) Cikgu Khairi

Wan Mohd. Khairi Wan Hassan, 31, atau merupakan tenaga pengajar dalam kalangan murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang sejak beberapa tahun lalu.

Bekas graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur itu memiliki pengikut Instagram seramai 77,000.

Pernah menerima Anugerah Ikon Guru Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2016.

"Apa yang boleh saya lihat, guru yang kemas dan berketerampilan mudah didekati murid-murid dan ibu bapa malah setiap pengajaran yang disampaikan mudah meanrik minat mereka dalam kelas," katanya.

VN Kery pernah menjadi penoreh getah di kampung asalnya di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.

afternoon dear! pic selfie yang membawa kenangan indah sempena hari guru peringkat kebangsaan 4 tahun dulu.. terima kasih malaysia ?? . masa ni punya runcing.. macam pisau! ahhaahh.. la ni? dagu bertangkup bersama heler! ahahahhaha . . #selamathariguru #cikguvnkery #satakianz

A post shared by WMK (@vnkery) on

extra reading after period. bagus budak 2 orang ni. membanggakan. dalam 24 orang yang datang, ada 2 orang ni je nk baca. yang lain sume nk “mewarna” tak habis2. hahahah . kite pon ape lagi, trus bukak wallet, bagi la duit depan2 dorang ni RM2 seorang.. sume yang lain be like..”lah menyesal nk warna, kalau nk membaca dapat duit “... kinda.. hahaah . tu je cara nk motivasi dorang. ? . #satakianzmembaca #satakianz

A post shared by WMK (@vnkery) on

jangan lupa. esok pakai batik @jarumvendaya neh. ?? . muka macam dah lama tak kene tenyeh kat spa spa. adakah sesuai utk kita tenyeh menenyeh weekend ni? ?jom teman papa sayang @cikpuankhairi ? . #jarumvendaya

A post shared by WMK (@vnkery) on


4) Cikgu Zameer

Pemilik nama penuh Syahizam Zamir merupakan salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya Ampang, Selangor sejak 2012.

Anak jati Kuala Lumpur itu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sering aktif dalam bidang kebudayaan.

"Kita sebagai insan biasa memangg suka kan keindahan. Dari mata turun ke hati. Itu lumrah.

"Bagi saya penampilan itu penting. Ia tidak perlu mahal tapi cukup untuk kelihatan kemas, segak dan bersih. Murid mengidolakan apa yang mereka lihat," katanya memetik laporan Glam Lelaki.

Zameer kini mengumpul jumlah pengikut di Instagram seram 23,000 orang.

Hai. Meh saya celop jari awak. ?#livingforlife #GE2018

A post shared by Zameer (@chikocullen) on

Hi Bella, sincerely Cullen. ?#livingforlife

A post shared by Zameer (@chikocullen) on

Back to School. Hello pupils! #orientationday #livingforlife

A post shared by Zameer (@chikocullen) on


5) Kamal Effendi

Kisah menyentuh hati seorang guru bahasa Inggeris, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 28, yang 'meminjamkan' cintanya kepada seorang gadis penghidap kanser buah pinggang tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud tular beberapa tahun lalu.

Lebih menyedihkan, isterinya meninggal dunia pada tanggal tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

"Siapa pernah terfikir untuk hari sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang," kata Kamal.

Namun begitu, paras rupa kacak Kamal menarik perhatian netizen yang sering memuji penampilannya di laman sosial.

Bagaimanapun, akaun Instagramnya telah dinyahaktif buat sementara waktu.




Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @jimmyjejai, @mr__az92, @chikocullen, @vnkery, InTrend