Bendera Parti Politik Jadi Dres, Kreatif Betul Rakyat Malaysia!

16 Mei 2018. 6.03 PM
2,079
Hiburan
Bendera Parti Politik Jadi Dres, Kreatif Betul Rakyat Malaysia!
Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan kreativiti tanpa had rakyat Malaysia menghasilkan pelbagai ciptaan termasuk dres daripada bendera parti politik.

Kemeriahan itu dikongsikan menerusi beberapa akaun Instagram yang sedang tular di media sosial termasuk selebriti popular Didie Alias.

Selain itu, seorang bekas pelajar Diploma Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menggunakan nama Instagram @stokin_wafiey turut berkongsi hasil olahan bendera menjadi dres.

Malah, graduan lelaki itu turut memuat naik sepotong rakaman tutorial catwalk menggunakan dres bendera parti politik yang dihasilkan.
 


Dua gaun yang diciptanya salah satunya menggunakan sepenuhnya bendera Pakatan Harapan termasuk mengolah bendera itu menjadi turban.
 
 

Seperti yang dijanjikan semalam my manifasto kepada parti yang memerintah iaitu PAKATAN HARAPAN yang dinaungi My beloved Tun M @chedetofficial the 7th Prime Minister)..Demi Tun M sesubuh hari kami bangun memrembak bendera Pakatan Harapan 💕💅🏿 takut orang nampak tq @ayuzenchtra 😂🤣..sis confident catwalk satu taman penuh bebudak mcm tengok badut🍄 ...sis creditkan disini my Op housemate sendiri distylingkan oleh @miacreationweddingplanner @farahiyahrahim still kekalkan look metgala ala2 pakai baju oscar de la renta #pru14 #teamtunM #partiharapan onz tak? yang pasti baju jahit sendiri tau💅🏿manalah tahu nak tempah baju khawin ala2 lagu ni boleh tag kekawan💕🤞🏻#metgala #oscardelarenta #pru14

A post shared by Wafiey_weirdooooo🥇 (@stokin_wafiey) on


Manakala, satu lagi gaun menggabungkan beberapa bendera parti politik antaranya Pas, Barisan Nasinal dan Pakatan Harapan.
 

Inspirasinya daripada dres mewah selebriti ketika menghadiri upacara Met Gala baru-baru ini.

Lelaki itu menyifatkan tindakannya mengguna pakai bendera parti politik tersebut sebagai satu langkah mengelak pembaziran sekiranya dibakar atau dibuang selepas tamat tempoh PRU14.

Sementara itu, Didie Alias yang terlebih dahulu memuat naik sekeping foto dres bersumberkan bendera parti politik sekitar seminggu lalu sebenarnya bertujuan untuk menyemarakkan semangat rakyat Malaysia turun mengundi.
 


Dres unik itu menggunakan gabungan bendera tiga parti politik utama negara iaitu Pas, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @stokin_wafiey, @ladydidiemsia

Artikel Berkaitan