Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Darren Choy mengharapkan industri muzik tempatan tidak dipolitikkan dalam usaha membantu artis tempatan menjana lebih pendapatan.
Jelasnya, bidang muzik menunjukkan perkembangan yang positif meskipun masih dibelenggu isu cetak rompak.
"Apa yang berlaku sebelum ini, cakera padat tidak dapat dijual. Teknologi kini dijadikan fokus untuk industri muzik terus berkembang," katanya pada acara Himpunan Harapan Warga Seni di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura berkata, teknologi memudahkan peminat untuk menikmati muzik secara digital seperti menerusi Spotify dan iTunes.
"Artis juga mendapat royalti menerusi platform digital ini. Kelebihan dengan Penyedia Perkhidmatan Digital ini, mereka tulus dengan laporan lagu yang 'streaming'," katanya.
Ketika ini, Malaysia mempunyai 1.2 juta pengguna perkhidmatan 'streaming' untuk audio dan satu langganan berjumlah RM14.90.
"Kalau ikutkan jumlah ini kecil tapi pada masa akan datang diharapkan lebih ramai artis tempatan yang dapat menikmati kemudahan ini," katanya.
Sebagai perbandingan dengan negara maju lain, Darren menyatakan syarikat rakaman dan artis tempatan berdepan masalah untuk membuat persembahan apabila wujud banyak birokrasi.
"Satu projek besar mewujudkan Kuala Lumpur sebagai 'music city' akan dibangunkan. Apa yang diharapkan wujud insentif buat karyawan muzik seperti membuat persembahan dan sewa studio yang lebih rendah.
"Saya juga mengharapkan perkara ini tidak dipolitikkan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: AIM17 (Facebook)
Elrafaei Sapi
Tue May 15 2018
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Bil TNB Wanita Ini Lebih Mahal Daripada Ansuran Rumah Gara-Gara Pasang Aircond 24 Jam!
Wanita ini terpaksa menanggung bil elektrik sehingga RM2,000 selepas menggunakan pendingin hawa hampir 24 jam sehari.
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.